
Sulit
4 tahun
Belum datang haid takut mengandung
Ada cara gugurkan kandungan tak? Saya buat hubungan seks, dan 5hari yg lalu sepatutnya dahpun datang haid… tp belum dtg haid smpai ke harini ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kandungan hanya boleh digugurkan selepas pemeriksaan teliti oleh doktor dan sekiranya kandungan tersebut mendatangkan kesan kepada wanita hamil. Pengguguran secara sengaja tanpa sebab yang munasabah adalah salah di sisi undang-undang.
Berikut merupakan antara sebab-sebab mengapa seseorang mengalami kitaran haid yang tidak teratur atau haid datang lewat:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Haid anda lewat dari sepatutnya? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari.
Sekiranya anda masih risau terhadap kehamilan, anda boleh pergi ke mana-mana farmasi dan mendapatkan kit ujian kehamilan. Sekiranya ia menunjukkan dua garis, sila pergi ke klinik berdekatan untuk membuat pengesahan sama ada anda hamil ataupun tidak.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.