Sulit
5 tahun
Belum pernah period
Assalamualaikum doktor saya 18tahun… Saya ada masalah period… Saya tidak pernah period, saya dah p hospital doktor cek hormone, ultrasound, cek lubang fajar, perkembangan payudara, cek pertumbuhan bulu semua ok… Doktor bagi ubat medroxyprogesterone acetate 5mg tab 2biji 3kali sehari utk 5 hari. Saya dah makan tapi belum period. Apakah yang perlu buat utk period?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat dua klasifikasi berkenaan dengan masalah tidak datang haid iaitu primer atau sekunder. Untuk primer, bagi wanita yang tidak pernah datang haid sejak kecil dan akil baligh. Bagi yang sekunder, pernah datang haid tetapi berhenti seketika. Kedua dua keadaan ini kita panggil sebagai ammenorhea. Punca bagi kedua-dua klasifikasi adalah berbeza. Bagi yang primer, puncanya adalah seperti berikut:
- Masalah struktur organ kemaluan; seperti ovari, tiub fallopia, rahim, liang faraj serta selaput dara yang tertutup.
- Masalah hormon ataupun endokrin; hypothiroid, masalah tumbesaran, masalah hypogonadotrophic hypogonadism (masalah pada organ pituitari iaitu organ yang bertanggungjawab untuk menghasilkan hormon)
- Masalah genetik; sindrom turner
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.























