
Sulit
4 tahun
Benarkah Black Garlic Boleh Merawat Gout?
Baru-baru ini saya diperkenalkan dengan satu produk yang menjual black garlic dan dikatakan salah satu khasiatnya dapat merawat penyakit gout. Betulkah ia boleh merawat/mencegah gout?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, produk luar tidak seperti ubat yang diberikan oleh hospital kerana mereka tidak melakukan kajian yang mendalam mengenai produk tersebut. Maka kita tidak tahu kesan pengambilan produk ini kepada anda.
Sekiranya anda berniat untuk mengambil produk tersebut, saya sarankan untuk anda berbincang dengan doktor kerana maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan . Terima kasih.