
Sulit
4 tahun
Benarkah jika pernah positif covid-19, ia akan berada dalam badan kita selama 3-6 bulan, dan jika swab kali kedua pun, masih positif
Hi, Salam Sejahtera. Saya adalah disahkan positif Covid19 pada 28/1/2021, saya demam panas sehari pada 27/1/2021, keesokkan harinya saya buat swab test di Hospital dan disahkan positif, sepanjang 10 hari saya kuarantin di rumah, saya cuma bergejala selsema dan tiada deria bau, tiada simptom2 covid yang lain, sehingga semalam 6/2/2021 hari ke10, saya telah ke dewan MPSJ untuk check up bersama KKM Petaling Jaya, saya telah beritahu bahawa saya tiada deria bau dan selsema saya tidak terlalu teruk, hanya seperti selsema yang mengeras dan buat hidung saya tersumbat, selepas itu DR yang memeriksa saya COP satu surat pelepasan, saya dibenarkan pulang disahkan pulih, saya bertanya soalan sebelum saya pulang pada DR disitu, tak perlu ke saya buat swab kedua, saya masih bergejala atau tidak, jawapan DR adalah, tak perlu lagi buat swab kedua dan saya tidak bergejala dan tamat kuarantin 10 hari, Saya pun ambil. keputusan untuk lakukan swab sendiri di Klinik berdekatan, swab tersebut adalah RTK, dan disahkan masih positif, Setelah itu saya call PkD untuk mengatakan keputusan swab test kedua saya, mereka mengatakan pada saya, disebabkan saya pernah positif, selama 3 ke 6 bulan memang virus ini ada dalam badan, dan jika saya buat 2 3 kali swab pun, tetap akan positif, Persoalan saya ialah, adakah saya selamat berjumpa keluarga? Yang kedua, tiada deria bau ini adakah masih bergejala? Selsema saya ni bukan yg jenis meleleh, tiada perubahan suara, tiada seperti hidung tersumbat, cuma deria bau je tiada, perlu ke saya ke dewan semula utk rujukan memandang kan perlu appointment kan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, kami kurang pasti dengan prosedur pihak KKM berkenaan ujian swab. Tetapi adalah baik untuk anda melakukan swab kedua untuk menentukan sama anda telah bebas daripada virus tersebut ataupun tidak.
Walaupun begitu, ujian RTK bermaksud Rapid Test Kit di mana ia memberi keputusan segera dan positif bermaksud anda mempunyai sejarah atau pernah dijangkiti oleh virus tersebut. Manakala negatif pula tidak bermaksud anda bebas daripada virus tersebut. Ujian pengesahan yang terbaik untuk COVID-19 pada masa ini adalah rt-PCR.
Pakar berpendapat bahawa virus tersebut akan berada di dalam badan kita buat sementara waktu tetapi tempoh masa tersebut masih tidak diketahui dan kajian masih dijalankan.
Sekiranya anda disahkan telah pulih, anda boleh berjumpa dengan ahli keluarga dan kami sarankan anda untuk mempraktikkan SOP yang telah digariskan oleh pihak KKM dan MKN.
Buat masa ini, kami sarankan anda untuk memantau keadaan anda dan sila berjumpa dengan doktor sekiranya keadaan melarat.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi klinik di mana anda membuat pemeriksaan tersebut atau menghubungi hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini