cheritachucks
4 tahun
Bengkak Belakang Rusuk Kanan Atas
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Dr.
Belakang rusuk kanan atas saya kelihatan bengkak sedikit. Terasa sedikit lenguh juga. Adakah ianya hanya otot bengkak atau ada masalah yang lain?
Sekian.
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda gejala bengkak pada rusuk kanan tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Kecederaan seperti terhantuk menyebabkan pendarahan atau kecederaan otot
- Kulit yang bengkak akibat keradangan
- Terdapat masalah pada struktur bawah kulit atau organ sekitar kawasan tersebut
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



























