
Sulit
4 tahun
Bengkak-bengkak di ketiak dan timbul bintik-bintik merah di kedua-dua belah tangan selepas digigit nyamuk
Saya baru berumur 16 tahun dan saya tak tahu sama ada saya ada penyakit atau tidak.Kulit dekat bahagian perut dan di bawah lengan jadi pecah-pecah, saya ingat fenomena biasa disebabkan saya agak gemuk tapi kakak saya yang lagi berat dari saya kulit dia tidak pecah-pecah macam saya.Selepas itu ketiak saya mula timbul bengkak-bengkak.Sebelum ini hanya ada satu sahaja bengkak di ketiak tapi sejak kebelakangan ini bengkak tersebut bertambah jadi 3… Pendapat saya mungkin itu bengkak biasa tapi tangan saya pula timbul bintik-bintik merah selepas saya digigit nyamuk beberapa hari lepas dan yang menghairankan saya tempat bintik-bintik merah tu saya tak rasa gatal-gatal sama sekali.Adakah saya disarankan pergi ke klinik? Boleh beritahu saya apa yang saya patut lakukan? Saya minta maaf jika ayat saya berbelit-belit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami pada masa ini. Walaupun begitu, kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai keadaan anda. Terdapat beberapa sebab yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Demam denggi
- Petechiae
- Gigitan serangga
- Angioma
- Reaksi alahan atau alergi
- Jerawat
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk pergi ke klinik untuk mendapatkan kepastian supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda. Anda juga boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak doktor kami di atas talian. Terima kasih.