azharikhwan99
5 tahun
Bengkak biasa dan lenguh di leher
Saya lelaki berusia 20 tahun dan ingin bertanya.saya mengalami bengkak di leher sebelah kanan tapi bengkak saya ni bukanlah bengkak yang bebenjol cuma bengkak biasa sahaja dan lenguh-lenguh…saya dah letakkan minyak tapi bengkak tersebut tidak surut…adakah bengkak ini daripada masalah hormon tiroid?sebabnya dah lebih beberapa bulan tidak surut…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan bengkak pada leher
bengkak thyroid biasanya bengkak pada bahagian tengah depan leher. Selain daripada itu terdapat punca lain antaranya
- jangkitan kuman yang menyebabkan lymph node bengkak
- cystic hygroma
- fibroma otot leher
- cyst pada leher
- kelenjar peluh membesar
Untuk memastikan diagnosis tepat antara kesemua kemungkinan ini, kami perlu bertanyakan beberapa soalan kepada anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.































