
Sulit
3 tahun
Bengkak d belakang leher
Saya perempuan berumur 38,saya ada bengkak dibelakang leher.saya dh pegi 5 klinik tapi doc c berani ckp pape cuma suggest jumpa pakar ent,saya cek kat ampang puteri doc buat ultrasound doc kate tiada pape hanya lemak…tetapi kenapa sebelum ni tiada…apa sebenarnye bengkak tu doc sb ia menganggi pikiran saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui kenyataan anda diatas, anda mengalami masalah bengkak/benjolan pada belakang leher . Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Bisul
- Pembengkakan kelenjar
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Carbuncle
- Jangkitan kuman
- Kista
- Lipoma ( Pembentukan tisu lemak)
- Ketumbuhan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.