
Anonymous
4 tahun
Bengkak dan benjolan dibawah rahang
Aslmualaikum doktor saya sedang mengalami selesema dan batuk. Semalam baru saya perasan yang bawah rahang saya sakit dan terdapat bengkak dikedua-dua belah. Boleh saya tahu ape penyakit saya dan macam mana nak ubat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, bengkak pada kedua-dua belah bawah rahang ketika demam boleh disebabkan:
- Bengkak nod limfa ketika demam - darah putih berkumpul untuk melawan jangkitan
- Tempor-Mandibular Joint syndrome - sakit pada sendi rahang
- Radang tonsil
- Radang kalenjar parotid - akibat jangkitan/batu karang/auto-imun
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.