
Sulit
4 tahun
Bengkak di bahagian atas penis
hye doc saya alami sakit di bahagian ruangan bulu penis disebelah kiri ,terdapat 1 bonjolan baru tumbuh seminggu dan ada rasa ketulan bulat …rasa sakit dan sengal bila berjalan …boleh doc bagi penerangan sakit apa yg saya alami sekarang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Kami perlu mengetahui maklumat lain berkaitan latar belakang kesihatan anda.
Namun, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- razor burns - akibat pisau cukur yang tumpul atau tidak bersih
- folikulitis
- sifilis
- Nanah akibat jangkitan
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan dan mengganggu anda, anda disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah