
Sulit
4 tahun
Bengkak di dada di bawah leher
Sebelum ni saya pernah bengkak di kaki dan tangan…saya suspek gout tapi kali ini di dada saya… jadi saya nak tanya gout boleh kena serangan di dada ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh berpunca dari pelbagai organ seperti kulit, otot, nod limfa atau urat saraf di kawasan tersebut. Selain itu ia juga boleh berpunca dari organ di kawasan bawah dada kiri seperti perut dan usus.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.