
Sulit
3 tahun
Bengkak di kemaluan sebelah kiri
Benjolan besar dari dalam kemaluan bahagian kiri tapi tidak sakit tidak bengkak dan tidak gatal … dulu dia kecil taoi sekarang makin besar … macam mana doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu benjolan pada kemaluan. Untuk makluman anda, antara punca benjolan atau biji pada kemaluan adalah:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
- Jangkitan ketuat
- Jangkitan herpes genital
- Gigitan serangga
Memandangkan gejala ketumbuhan biji yang anda alami semakin besar, ia mungkin menandakan masalah yang semakin serius.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.