Anonymous
4 tahun
Bengkak di pangkal leher
Assalamualaikum tuan/puan,saya zam dari dengkil… berlaku nya pada t.hari semalam, tekak rasa ada bonjolan di sebelah kanan… berlarut sehingga mlm. mlm tadi sy ke klinik utk dapat kan rawatan, doktor berkata jangkitan pada kelenjar, lepas tu doktor bagi ubat curam 625mg dgn paracetamol 500mg… bila sy bangun pagi ni,sy dapati bengkak lagi besar dan ada keluar nanah di bawah lidah… sy ingin bertanya kepada keluar nanah di bawah lidah???
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Bengkak di dalam mulut yang anda nyatakan kemungkinan adalah kelenjar bengkak disebabkan:
- jangkitan kuman, virus atau bakteri : gigi yang mati akibat karies dan jangkitan bakteria boleh mengeluarkan nanah
- Radang tonsil
- Penyakit Tuberkulosis atau batuk kering
- Gusi bernanah
- kanser sistem darah (leukemia) atau sistem limfa (limfoma)
Anda disarankan berjumpa dengan doktor segera untuk mendapat rawatan sepatutnya.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih