Sulit
3 tahun
Bengkak Gusi Wisdom Teeth
Saya wanita dalam 20’an dan mengalami masalah ketika mengunyah menggunakan gigi geraham. Saya telahpun melihat dicermin dan seperti geraham bongsu saya ingin tumbuh. Seakan partially erupt, saya mcm dh nampak sikit dan makanan kadang2 tersekat celah2 kwsn situ. Hari ni hari kedua saya perasan gusi saya bengkak dah blh rasa kelainan dlm mulut dan skrg sy kurangkan guna gigi bwh bhgian kanan sbb risau lebih teruk. Apa patut sy buat skrg? Sy dah cuba berkumur air garam dan sedikit sebanyak dpt kurangkan rasa berdenyut. Terima kasih.
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah gusi bengkak boleh disebabkan oleh:
- Faktor kebersihan mulut yang tidak memuaskan
- Pemakaian pendakap gigi
- Makanan yang tinggi kandungan gula
- Kekurangan vitamin
- Kehamilan
Anda dinasihatkan untuk:
- Kerap flos dan berus gigi bagi mengelakkan sisa makanan melekat di celah kawasan gigi dan gusi yang bengkak
- Minum air secukupnya (bagi mengelakkan dehidrasi dimana ianya boleh memburukkan lagi keadaan gusi bengkak)
- Mendapatkan vitamin dan mineral yang secukupnya untuk kesihatan gigi dan gusi seperti kalsium, magnesium, potassium dan vitamin D
Anda haruslah segera berjumpa dengan doktor sekiranya bengkak berlarutan lebih dari dua minggu supaya doktor dapat mengenal pasti sebab masalah gusi bengkak tercetus. Sesetengah orang walaupun mempunyai gusi bengkak akan menunggu untuk ia surut dengan sendiri. Hal ini berbahaya kerana sekiranya bengkak tersebut disebabkan jangkitan kuman dan dibiarkan dan tidak dirawat, jadi jangkitan tersebut ada peluang untuk merebak ke tempat lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor gigi untuk mendapatkan diagnosis yang paling tepat serta yang paling bersesuaian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar dan hospital pilihan anda di sini. Terima kasih.