
Arvind
6 tahun
Bengkak kalenjar selepas demam
Hai doc, 4hari lepas saya demam tapi tak teruk sangat pun dan saya tak ambil ubat, cuma makan panadol 2biji sahaja.lepas tu sy pegang lher belakang telinga ada satu biji kecil kadang2 sakit. Dan saya rasa tak sedap badan. Adakah kalenjar saya bengkak dan perlu makan antibiotik serta ubat surut bengkak? Dan ambil masa berapa lama untuk surut bengkak? Tetapi sy dah sembuh dari demam.

6 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami. Berdasarkan penerangan anda, benjolan itu berkemungkinan besar adalah kelenjar limfa anda. Kelenjar limfa memainkan peranan penting dalam mempertahankan tubuh badan kita daripada jangkitan kuman. Kelenjar limfa biasanya membesar ketika jangkitan berlaku.
Gejala demam disampingi pembesaran kelenjar limfa di belakang telinga boleh disebabkan oleh beberapa jenis penyakit. Antaranya:
- Jangkitan virus seperti adenovirus, herpesvirus, coxsackievirus, EBV dan CMV. Biasanya, kelenjar limfa yang membesar itu sakit tetapi tidak menjadi merah atau panas.
- Jangkitan bakteria seperti Streptococcus. Secara umumya, kelenjar limfa dalam keadaan ini sakit, merah dan panas apabila disentuh.
- Radang telinga dan jangkitan kulit di bahagian leher dan kepala.
- Penyakit tibi.
- Kanser seperti leukemia dan limfoma. Walaupun penyakit ini tidak berkemungkinan besar menjadi punca gejala yang anda alami, kami masih perlu mempertimbangkan kanser kerana komplikasinya lebih serius.
Sila dapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut bagi mengetahui punca masalah ini.
Sekian, harap membantu.