
dielamarini
2 tahun
Bengkak kelenjar dan kesan biopsi
Anak saya berumur 3 tahun mempunyai bengkak kelenjar di bahagian kiri dan kanan leher. 5 biji di leher kanan, 3 biji di leher kiri. Kami telah mendapatkan rawatan di klinik dan dia diberi antibiotik. Namun selepas sebulan, bengkak tidak juga surut. Dan doktor tersebut telah referkan anak saya ke pakar ENT di hospital swasta. Kemudian doktor hospital mengatakan anak saya perlu menjalani biopsy untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Sample lymph node telah diambil di bahagian leher kanan. Report telah dikeluarkan dan tiada simptom-simptom berbahaya seperti TB atau limfoma. Hanya jangkitan kuman menyebabkannya bengkak. Namun selepas 2 minggu, anak saya mengalami demam panas selama seminggu. Bila kesan ubat hilang, demam panasnya kembali. Setelah sembuh, 2 minggu seterusnya dia demam kembali.
Soalan saya adakah disebabkan lymph node yang telah dibuang untuk dijadikan sample biopsy menyebabkan anak saya tidak mampu mengawal suhu badannya sendiri? Sampai bila dia akan mengalami situasi ini? Atau adakah terdapat kesan-kesan lain dari pembedahan tersebut? Perlukah saya mengambil serius perkara ini? Apakah ada cara rawatan lain?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, biopsy merupakan pembedahan kecil untuk mengambil sampel tisu daripada mana-mana kawasan tubuh yang diperlukan.
Di dalam tubuh manusia terdapat banyak noda limfa atau lymph nodes ini di serata tubuh badan dan biapsy pada satu noda limfa biasanya tidak memberi kesan negatif kepada sistem limfa manusia.
Oleh itu, demam yang dialami oleh anak anda boleh disebabkan oleh perkara lain seperti:
- Jangkitan kuman pada bahagian biopsy
- Jangkitan kuman pada bahagian lain
- Radang pada mana-mana anggota tubuh lain
- Masalah kesihatan lain seperti masalah pada darah
Oleh itu, anda perlu mengambil serius perkara ini dengan merujuk anak anda kepada doktor agar punca demam yang berulang ini dapat diketahui dan dirawat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi.
Jika anda merupakan ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami adalah PERCUMA. Terima kasih.