
Sulit
3 tahun
Bengkak kelenjar di leher kiri
Saya merasakan ade bengkak di leher sebelah kiri dan mempunyai kayap di tempat yang sama. Kepala saya berasa sakit juga di sebelah kiri. Saya juga dapat rasa ade ketulan benjol di bahu saya juga saya rasa kelenjar.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui kenyataan anda diatas, anda mengalami masalah bengkak/benjolan kelenjar pada leher kiri, kayap dan mengalami sakit kepala. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Bisul
- Pembengkakan kelenjar getah bening
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Carbuncle
- Jangkitan kuman
- Kista
- Lipoma
- Ketumbuhan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.