rasta9840
5 tahun
Bengkak kelenjar limfa atau lipoma?
Hai doc, saya baru baik dari bengkak kelenjar di bwh rahang akibat tonsil, dalam tahun ini 3kali sy bengkak kelenjar yg menyakitkan akibat tonsil, infeksi gigi berlubang sedangkan dahulu tidak sama sekali bengkak kelenjar walaupun infeksi.tetapi semua pulih selepas makan antibiotik saya sebenarnye takut kerana terlalu banyak membaca di google punca punca bengkak kelenjar limfa… Soalan saya ditangan saya mempunyai benjolan kecil sebesar kacang dan keras… Saya dah pergi klinik dan doc cakap itu hanyalah lipoma. Yang menjadi kerisauan saya . Di sisi leher saya timbul seakan di tangan… Keras dan tidak menyakktkan… Saat saya rasa hanya sebesar kacang… Tetapi keras dan boleh digerakkan… Sedangkan saya baru sahaja habis mengambil ubat antibiotik dan bengkak kelenjar saya surut… Adakah bengkak yang keras itu bengkak kelenjar?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, benjolan yang terdapat pada disisi leher anda boleh disebabkan:
- Lipoma - gumpalan tisu lemak
- Kista (cyst) seperti “sebaceous cyst”, “thyroglossal cyst”
- Bengkak nod limfa - akibat kesan jangkitan kuman yang masih belum surut
- Follikulitis - jangkitan pada kulit
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
































