
Sulit
5 tahun
Bengkak pada bibir faraj dan benjolan pada celah paha
Saya wanita berusia 20-an. Saya mengalami masalah bengkak di bibir faraj. Benjolan/bengkak tersebut terjadi di bahagian kiri bibir faraj. Benjolan tersebut akn sakit bila bergesel dan ia menjadi semakin kemerahan. 2 3 hari selepas benjolan di bibir faraj tersebut,ada satu lagi benjolankecil di celah paha dania juga menyakitkn apabila berjalan. Adakah masalah saya ini boleh merbahaya untuk kesihatan saya. Mohon penerangan dari doktor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan pada bahagian kelamin
- Radang pada bahagian faraj akibat penggunaan pencuci atau pakaian dalam yang tidak sesuai.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.