
Sulit
4 tahun
Bengkak pada pipi dalam mulut
Pada hri khamis lepas, semasa saya makan tengah hari, saya tergigit pipi saya sebanyak dua kali.pada hari jumaat pipi saya mula bengkak dan apabila makan dan berckp rasa sakit sehingga hari selsa…pada hri ini benda itu hampir tutup gigi saya dan ada darah pada gigi yg hampir tutup itu dan bila berckp n makan tidak berasa sakit sangat tapi berasa itu ada juga.apa patut saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pipi dalam bengkak boleh disebabkan oleh:
- Myofibroma
- Lesi cyst cervicofacial
- Reaksi alahan
- Bengkak kelenjar parotid (dalam pipi) akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Sindrom nefrotik
- Masalah kalenjar tiroid yang bengkak - menyebabkan aliran darah tidak dapat turun
Keluhan dan keterangan yang tuan berikan adalah terlalu singkat sehingga sukar untuk ditentukan penyakit-penyakit yang mendasari gejala tersebut. Untuk mengatasi bengkak tersebut, punca masalah haruslah diketahui. Oleh itu, apa yang boleh anda lakukan sekarang adalah merujuk masalah ini kepada doktor pergigian dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan rujuk ke doktor dengan klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.