
Sulit
4 tahun
Bengkak rahim, period tak datang dan perut menjadi keras
Sy berumur 37thn… Memiliki 2org ank, dan pnh keguguran 2kali. Sebelum ini period saya teratur cuma setiap kali dtg period perut saya sakit sangat dan doctor telah sahkan rahim saya bengkak… Dan salam sebulan ini period saya tidak datang. Dan perut saya ada rasa keras. Bolehlah sy mengandung dalam keadaan rahim saya macam nie?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang period tidak datang.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya tidak pasti apakah penyakit yang doktor anda diagnos dan dipanggil sebagai bengkak rahim. Saya perlu mengetahui nama penyakit tersebut dalam bahasa perubatan sebelum membuat apa apa andaian. Oleh itu saya tidak boleh mengatakan bahawa anda boleh mengandung atau tidak dengan kondisi anda sekarang.
Berbalik kepada haid tidak datang, terdapat banyak sebab perkara ini berlaku antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Segala penyakit yang disenaraikan diatas memerlukan persoalan dan pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital. Oleh itu saya menasihatkan anda untuk berjumpa doktor bagi mengetahui kondisi sebenar anda.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!