
abqa18
6 tahun
Bengkak selepas pembedahan lutut
minggu lepas saya ada pembedahan lutut acl… lepas pembedahan kaki saya dari tumit ke peha bengkak… apa perlu saya buat?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Saya sarankan agar anda merujuk kepada doktor yang merawat anda tentang perkara ini. Antara penyebab bengkak selepas pembedahan ialah:
- Bengkak di sekeliling kawasan pembedahan adalah normal. Ini adalah respond tisu yang tercedera selepas pembedahan
- Jangkitan kuman
- Trauma pada otot sekitar kaki
- Berlaku masalah lain seperti salur darah tersumbat
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!