
Sulit
3 tahun
Bengkak susu selepas vaccine
Hi dr…
Pada 13/8/2021 sy telah menerima 2nd dose sinovac, sy tidak pasti samada masalah yg sy hadapi ni ada berkait dgn vaccine atau tidak…pada harini 17/8/2021 sy mengalami bengkak susu dan terdapat ketulan kecil berwarna putih pd puting payudara…seolah-olah seperti susu yg tersumbat,bila dibersihkan ianya keras dan tidak mengeluarkan ape²…sy cuba menyusukan anak tp still tidak ade perubahan (bengkak susu masih ada)…
Semasa dose pertama juga selepas beberapa hari perkara yg sama jadi…langsung tidak terfikir adekah ini slh 1 sbb side effects dari vaccine atau hanya kebetulan…
Soalan sy,adakah ianya normal atau ianya slh 1 side effects utk ibu menyusu?apekah langkah yg perlu sy ambil?utk pengetahuan doctor anak sy berumur 9m n skg campur susu formula,hanya sebelah malam mnyusu badan…susu bdn mmg tak banyak n since anak berumur 5m da start campur susu formula…tq doctor…

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami ingin mengucapkan tahniah atas vaksinasi anda.
Mengikut penerangan anda, simptom-simptom yang dialami tidak semestinya berkaitan denganten dengan kesan sampingan vaksin. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal supaya ianya tidak menjejaskan penyusuan dan kesihatan anda.
Selepas menerima vaksin COVID-19, anda harus melaporkan diri kepada doktor jika anda mengalami kesan sampingan vaksin seperti:
- Sukar untuk bernafas
- Jantung berdegup laju
- Bahagian suntikan menjadi bengkak
- Bengkak pada muka, bibir atau tekak
- Pembentukan ruam di seluruh badan
- Rasa pening
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini