
Sulit
4 tahun
Benjol atau biji di ruas ibu jari
Hai doc,Saya wanita berumur 37 tahun.saya Ada masalah benjol atau pun biji atau bengkak kecil di bahagian antara ruas ibu jari Dan kuku.masalah ni berlarutan lebih dari setaun.benjol ni saya nampak Makin membesar tapi slowly.dia keras Dan tak sakit.boleh saya Tau apa benda ni?Dan boleh ke kalau Saya nak buang ? operation mungkin?bahaya tak benjol ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Kami memerlukan maklumat lanjut mengenai benjolan tersebut seperti warna benjolan, pergerakan benjolan apabila dipicit dan gejala yang berkaitan seperti gatal, pendarahan dan sebagainya. Kami juga memerlukan sejarah trauma dilokasi benjolan, sejarah gigitan serangga dan macam-macam lagi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- mata ikan (jangkitan virus herpes)
- Benjolan Tisu Lemak Lipoma
- Benjolan Tisu fiber Dermatofibroma
- Benjolan Tulang Carpometacarpal bossing
- Epidermal cyst (Kulit)
- Ganglion
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.