azlanayu
6 tahun
Benjol2 gatal muncul sekali sekala di sekitar penis dan zakar
Saya seorang lelaki, beberapa minggu yg lepas, kadang2 di sekitar penis dan zakar bila saya sentuh, mesti akan terasa gatal2 yg teramat sangat. Benjol2 kecil akan muncul.sekali sekala bila saya garu di tempat tersebut. Ada juga dalam 2 atau 3 benjol muncul.di peha, bawah buah zakar dan gatal2 juga kdgkala kerap.berlaku.di perut, tapak tangan, lengan dan celah2 bontot.
Boleh saya tahu apakah ciri2 penyakit spt ini? Sebab sebelum ini anak saya baru sahaja sembuh penyakit enzema. Atau adakah masalah dari hubungan seks?
Minta penjelasan doktor. Terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kelamin
- Jangkitan bakteria, kulat atau virus
- Alahan pada material baju
- Kurang penjagaan kebersihan
- Jerawat pada kulit
Untuk mencari punca, maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal perlu dilakukan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk perkara ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.




































