
Anonymous
4 tahun
Benjolan bawah leher
Saya wanita berusia 21 tahun. Sejak 3-4 tahun lepas saya dapati terdapat benjolan di bawah leher saya belah kiri. Namun benjolan tersebut tak mendatangkan kesakita. Saya ada pergi ke klinik kesihatan untuk buat checkup dan test darah dan doctor sahkan saya tiada penyakit tiroid . cuma sejak beberapa harini saya dapat rasakan yg benjolan ni sakit . Apa yg patut saya buat ye ?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah benjolan di leher yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- pembesaran kelenjar limfe
- pembesaran kelenjar tiroid
- Non cancerous tumor
- kesan sampingan ubat - ubatan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih