Sulit
2 tahun
Benjolan bawah rahang
Wanita berumur lewat 20an. Sy rasa benjolan di bawah rahang belah kiri. Bila ditekan benjolan bergerak dan tiada rasa sakit. Bila sy search website, keluar artikel berkenaan kanser limfoma. Adakah sy berkemungkinan mempunyai penyakit itu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui kenyataan anda diatas, anda mengalami masalah bengkak/benjolan di bawah rahang pada belah kiri, Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Bisul
- Pembengkakan kelenjar
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Carbuncle
- Jangkitan kuman
- Kista
- Lipoma
- Ketumbuhan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.