
Sulit
4 tahun
Benjolan biji kecil di bawah ketiak
Hello doktor … sy nak tnya … di bawah ketiak sy terasa ada benjolan kecil dan keras … tidak sakit … sblum ini benjolan tu tak ada … tpi lepas saya mencukur 3 ari lepas baru sy perasan ada benjol kat bawah ketiak di ikuti jerawat merah … adakah itu normal atau bahaya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Benjolan lemak
Gumpalan tisu fiber
Kelenjar bengkak
Foliculitis
Cyst/Kista
Nanah akibat jangkitan
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sukar untuk pihak kami menentukan punca sebnar masalah yang anda hadapi hanya dengan makluman yang anda berikan di atas. Oleh itu, sukar untuk pihak kami mengulas mengenai maslah yang anda hadapi tersebut bahaya atau tidak. Akan tetapi, masasalah yang anda hadapi semestinya tidak normal.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.