Sulit
4 tahun
Benjolan di bagian vagina
Saya 24 tahun… Saya mempunyai benjolan di bahagian vagina… sebelah lubang vagina… apabila saya meneran dia kluar seperti benjolan… mula² kecik lama² dah besar… skrng dah sebesar telur ayam… lebih kurang laaa mcam tu laa bsar dia… tidak rasa sakit…adakah ia normal doctor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat tengahari. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu benjolan pada bahagian vagina. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan pada kulit seperti Contact dermatitis yang boleh disebabkan oleh pemakaian sabun yang salah, kain ataupun krim dan losyen.
- Ketumbuhan sista pada kelenjar Bartholin ( Bartholin’s Cysts ) yang boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada kelenjar tersebut.
- Jangkitan herpes, sejenis jangkitan STI ( Sexual transmitted infections )
- Jangkitan HPV ( Human papilomavirus ) iaitu sejenis ketuat kelamin. Ia juga merupakan salah satu jangkitan STI dan boleh datang dan pergi.
- Fordyce Spots , iaitu sejenis ketumbuhan jerawat yang disebabkan oleh kelenjar peluh tersumbat
- Kanser vulva seperti Melanoma , Squamous cell carcinoma dan Basal cell carcinoma .
- Jangkitan kulat
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda kerana perkara ini boleh mengundang penyakit yang serius jika tidak diberi perhatian awal. Sementara itu, sila pantau jika terdapat simptom-simptom lain seperti keputihan aneh atau lendiran nanah, kegatalan, penumbuhan ulser, dan juga masalah pembuangan air kecil (sakit).
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.

































