
Sulit
4 tahun
Benjolan di bawah ketiak tangan kanan
umur saya 19. sekarang ni bahagian ketiak saya macam ada benjolan, bila tangan turun tak rasa sangat tapi bila saya angkat tangan, benjolan tu dapat rasa. benjolan tu tak bulat tapi still dapat rasa. and then tangan saya jadi macam lengguh,ngilu lepastu dekat² dengan siku pon macam ada bejolan jugak tak tak teserlah sangat.bila nak angkat tangan tu sakit.macam mana eh

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda berkenaan dengan benjolan di bawah ketiak anda. Terdapat beberapa sebab yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mempunyai masalah sedemikian, seperti:
- Lipoma
- Sebaceous cyst
- Hidradenitis suppurativa
- Kanser payudara
- Saluran limfatik yang tersumbat
Ini hanyalah pandangan kami secara am. Anda dikehendaki untuk berjumpa dengan doktor supaya kesimpulan dapat dibuat dan rawatan dapat diberikan.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami masalah yang disebutkan di bawah:
- Tidak dapat menggerakkan tangan sepenuhnya
- Sakit atau tidak selesa
- Terdapat nanah di dalam benjolan
- Mengganggu aktiviti harian anda
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk maklumat lanjut daripada doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.