
Sulit
3 tahun
Benjolan di bawah Tulang Bahu
Salam sejahtera,
Doc, di bahagian dada kanan berdekatan tulang bahu saya terdapat benjolan sebesar 50sen. Bila di tekan akan terasa sakit dlm skala 5/10, tetapi jika dibiarkan tidak terasa apa2. Ia telah tumbuh dalam 5 tahun tetapi tidak membesar. Apakah ianya merbahaya? perlukah saya mendapatkan rawatan segera?
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, benjolan boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Lipoma
- Sista sebum
- Bisul
- Sista
- Ketumbuhan
- Jangkitan
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Kulit.