
Sulit
3 tahun
Benjolan di belakang leher
Saya wanita berusia 22 tahun, dan mengalami benjolan atau biji angin di bahagian belakang leher selama seminggu. Saya tidak tahu buat apa. Biasanya, saya akan demam apabila biji angin terdapat pada bahagian kepala. Tetapi kali ni tidak demam. dan kebiasannya biji angin ni akan hilang selepas 3 hari. Namun ianya tidak hilang. Biji angin tidak sakit tapi rasa tak selesa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kista
- Lipoma
- Bisul
- Carbuncle
Namun, doktor perlu memeriksa benjolan ini untuk mengetahui sifatnya kerana punca yang disebutkan di atas mempunyai sifat yang berlainan. Jika anda perasan ia sudah bertambah besar dan bertambah sakit, anda disarankan untuk mengunjungi ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.