
Sulit
5 tahun
Benjolan di celah kankang
Saya wanita dalam usia 28 thun.3 hari lepas saya dapati ada benjolan di celah kankang sya .mula nya sya ingat rash merah sb pnas tapi dye bengkak dan sakit sikit .bila berjalan rasa sakit tpi bila sya dduk dn tidak berbuat apa rasa sakit itu tiada.mlah rasa selesa bila duduk kangkang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, benjolan atau ketulan dikelengkang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Lipoma
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih