
Sulit
4 tahun
Benjolan di celah peha
Sy wanita berumur 27 tahun. Sudah berkahwin & mempunyai seorang anak. Baru-baru ini sy dapati terdapat benjolan yg agak besar & timbul seperti bengkak di celah peha(kangkang) saya. Akan terasa sakit ketika berjalan/bergerak/terkena seluar atau seluar dalam. Tidak ada nanah di benjolan itu & kulit di sekitar benjolan menjadi merah kehitaman. Apakah cara untuk mengubati bengkak ini? Adakah ini sesuatu yg serius seperti simtom kanser/tumor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kelenjar limfa membengkak
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih