
Sulit
4 tahun
Benjolan di dada sebelah kanan
Saya lelaki 17 tahun tetapi mengalami benjolan di sekeliling puting sebelah kanan dan bila ditekan sakit,adakah itu kanser payudara,dan kanser payudara sakit ke kalau ditekan benjolan nya btw saya takut sgt² tolong jelaskan ya doc

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Namun, umumnya benjolan di dada boleh berpunca dari:
- jangkitan kuman
- gangguan saluran limfa
- penyakit kulit
- teknik mencukur rambut atau bulu yang salah
- kesan trauma
- ketumbuhan jinak mahupun ganas
- komplikasi atau tanda dari penyakit yang memerlukan rawatan doktor
Lazimnya kanser payudara berlaku pada wanita dan mempunyai gejala seperti sakit dada, perubahan warna, bentuk dada, dan lain-lain.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pulmonologist kami sedia membantu.
Oleh itu, saya sarankan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.