
Sulit
3 tahun
Benjolan di dalam kulit di bahagian tepi alat sulit
Assalam Doktor…saya berumur 31tahun ingin bertanya brkenaan dengan ketulan kecil yg trdapat di pgkal sbelah kiri alat sulit …1 ketulan sbesar bearing dan 2 ktulan kcil yg boleh dgerakkan…
Dh lama sy perasan ketulan ni lbih kurg 5 thun yg lpas.dan tidak mmbesar…
Adkah ia merbahaya…??
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas persoalaan anda.
Kami memahami anda mempunyai benjolan pada kulit di sebelah kiri kemaluan anda. Kami akan cuba mambantu anda.
Masalah anda boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti yang berikut :
- Abses kulit akibat jangkitan kulit
- Lipoma
- Hernia
- Penyakit kelamin
Biasanya, kebenjolan yang tidak sakit, atau tidak membesar tidak menjadi kerisauan, namun sekiranya anda risau mengenai kebenjolan tersebut, kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor supaya ia dapat disiasat.
Anda boleh merujuk kepada doktor atas talian kami berkenaan masalah anda supaya kami dapat membantu anda dengan lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.