
Anonymous
5 tahun
Benjolan di dubur tapi x berdarah
sy lelaki berumur 20an. ada benjolan di bahagian belakang dubur sy… bukan di dalam … saya berak x berapa sakit dan x berdarah. tapi benjolan itu sakit bila di sentuh. adakan itu buasir doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, benjolan di dubur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- abses - sejenis jerawat bernanah di daerah dubur
- buasir
- cyst
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.