
Sulit
5 tahun
Benjolan di kemaluan
Saya lelaki 30’an mengalami benjolan seperti jerawat di kemaluan… benjolan itu berada di batang zakar… tiada rasa sakit, tapi saya risau adakah penyakit ini serius… apakah penyakit yang saya hadapi? adakah penawar untuk penyakit saya ini…?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pada kemaluan anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
Jerawat
Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, sifilis
Cyst (kista)
Masalah kulit seperti benjolan nanah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.