
syahirahabdmalek
5 tahun
Benjolan di kepala sebelah kiri
Saya merupakan wanita dan pelajar universiti berumur 26tahun. Sebelum ini, saya mempunyai migrain dimana bahagian kepala sebelah kiri saya sakit seperti dicucuk-cucuk. Baru-baru ini saya menyedari terdapat benjolan disebelah kiri kepala saya dan apabila ditekan, terasa sakit. Adakah saya perlu terus mendapatkan rawatan di klinik atau hospital? Saya keliru dan buntu sekarang.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda,masalah sakit kepala ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Migrain
- Radang sinus
- Sebaceous cyst
- Abscess
- Jangkitan telinga atau otitis media
Namun begitu, maklumat lanjut seperti lokasi spesifik kesakitan tersebut perlu diketahui sebelum mencapai sebarang kesimpulan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
]