
Sulit
4 tahun
Benjolan di ketiak di ketiak
Saya wanita dalam kalangan berumur 18 tahun.Terdapat bengkak di bahagian ketiak saya yang agak besar.Bengkak tersebut keras dan sakit apabila disentuh. Kini saya ada kesukaran untuk mengepit tangan atau merenggangkan tangan kanan saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah bengkak pada ketiak yang besar dan sakit apabila disentuh. Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menjelaskan masalah anda:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Ketumbuhan jinak (Fibroadenoma) - bengkak tapi tidak sakit.
- Kesan alahan
- Kesan sampingan selepas vaksinasi
- Jangkitan kulat
- Kanser kelenjar limpa (Lymphoma) - bengkak tapi tidak sakit
- Kanser sel darah (Leukemia) - bengkak tapi tidak sakit
- Penyakit sistemik Lupus Erythematous (Penyakit auto-immun)
- Penyakit abses kulit seperti Hidradenitis Suppurativa
- Kanser payu-dara - bengkak tapi tidak sakit
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya anda mempunyai masalah lain seperti keletihan, penurunan berat badan yang mendadak, keruaman pada badan, sakit sendi dan juga sekiranya anda mengalami jangkitan kuman yang kerap berlaku. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi atau menghubungi doktor pakar kami atas talian pada link ini (Specialist Booking) bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Terima kasih.