
Anonymous
5 tahun
Benjolan di ketiak kiri ketika period
Saya berumur 33 tahun dan masih belum berkahwin. Pada bulan ni ketika waktu sepatutnya datang period benjolan tiba2 muncul di ketiak kiri dengan tanda sakit di breast dan badan menjadi panas seperti demam apabila melakukan pekerjaan yg melibatkan tangan kiri terasa sakit untuk pengetahuan dr sebelum ni selalu apa bila datang period hanya sakit di breast dan segugut sahaja…
Untuk pengetahuan dr juga sebelum ini saya ada mengunakan krim kecantikan yang di katakan krim hormon…apabila saya guna saya perasaan badan rasa panas… dan perasaan tidak menentu…adakah benjolan ini juga adalah satu kesan tersebut…sebab saya hanya menggunakan 2 botol sahaja…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- lymphadenitis
- hidradenitis supurativa
- folliculitis - keradangan folikel rambut
- epidermal cyst benjolan bawah kulit
Sebaiknya anda medapatkan pemeriksaan doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjutan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.