
Sulit
4 tahun
Benjolan di ketiak , merah , sakit , saiz tidak berubah
saya wanita berumur 18 tahun , dua hri lepas saya dapati ada benjolan di ketiak , saiznya tidak berubah tetapi apabilan disesentuh ia sakit dan kemerahan , boleh doc terangkan ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang anda hadapi. daripada maklumat tersebut, terdapat beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan anda mengalami gejala benjolan pada ketiak ini, antaranya:
- Alahan terhadap bahan kimia dalam ubat ketiak atau deodorant
- Terdapat kemungkinan deodorant yang dikatakan semula jadi masih mempunyai bahan kimia yang kurang serasi dengan kulit anda
- Foliculitis; jangkitan pada folikel bulu ketiak
- Benjolan daripada kalenjar limfa yang bengkak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.