Sulit
5 tahun
Benjolan di ketiak yang menyakitkan
sudah lebih 3 hari benjolan tersebut ada dekat ketiak saya dan sakit sangat . benjolannya amat keras dan tumbuh di tempat yang lain juga . adakah ini boleh membahayakan kesihatan saya ? benjolan tersebut membuatkan saya tidak selesa sangat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat tengahari. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu Bonjolan/Bengkak pada bahagian ketiak. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan Kuman/virus
- Lipomas (tidak bahaya, disebabkan oleh pembentukan tisu lemak)
- Fibroadenomas
- Alahan/Allergic reactions
- Lymphoma (Kanser Sistem Limfa)
- Leukemia (Kanser Darah)
- Systemic Lupus Erythematosus (Masalah Autoimun)
- Kanser Payudara
Sekiranya masalah bonjolan ini berterusan dan tidak surut, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan rawatan yang sewajarnya.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
































