Anonymous
5 tahun
Benjolan di ketiak yang sakit dan mngeluarkan nanah
sya wanita berumur 32 thun,2-3 ari lps sy ad mngalami dmm satu hari dsbbkn oleh bngkak di bwah ketiak…td ble sy picit kua mcm nanah warna cream…bnjolan di ketiak kiri…lps tu sy cuba picit puting belah kanan…kua cecair yg sme jgk mcm benjolan bwah ketiak ni…agak2 merbahaya x
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Biasanya benjolan di ketiak boleh disebabkan oleh:
- Foliculitis : Jangkitan pada folikel rambut. Disebabkan bahagian ketiak yang berlipat, mudah berpeluh dan memudahkan bakteria membiak, ini memudahkan masalah ini berlaku.
- Tindakan sering bercukur juga boleh menyebabkan luka dan jangkitan atau keradangan
- Benjolan lemak atau tisu fiber
- Bengkak pada kalenjar limfa
Kuman penyebab jangkitan boleh berpindah melalui sentuhan anda.
Untuk mengetahui penyebab benjolan di ketiak tersebut, kami memerlukan maklumat lanjut tentangnya serta maklumat lain tentang latar kesihatan anda. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































