Sulit
3 tahun
Benjolan di labia minora
Sy wanita berusia 24 thn & sudah berkahwin dlm 1 bulan. Soalan sy, setiap kali bersama terdpt benjolan/ketulan di permukaan labia minora (tepi vagina). Selepas 1 hari lbih, benjolan/ketulan trsebut tidak akan timbul. Benjolan/ketulan tu tk sakit bila ditekan. Apakah sebabnya Dr?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pada kemaluan anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jerawat
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, sifilis
- Cyst (kista)
- Masalah kulit seperti benjolan nanah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.