
Sulit
4 tahun
Benjolan di mulut rahim
Asalam doktor,sy berumur 45 tahun dan 2 tahun nie sy terasa seperti ada benjolan bulat yg menutupi lubang faraj.bila jari dimsukkan terasa berbentuk silinder turun kebawah…sy dh pergi ke klinik kesihatan dan dia bgtau nie proleps tp x membahayakan.Ada juga ke homopaty doktor bgtau sy penah jatuh dan tulang punggung dh bengkok kedepan menolak rahim seperti hendak terkeluar.Jd apa yg perlu sy lakukan…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan benjolan, namun untuk mengenal pasti dengan lebih yakin dan tepat & apakah ianya membahayakan atau tidak, pemeriksaan susulan, pemeriksaan fizikal dan sesi soal jawab yang lebih komprehensif perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Umumnya benjolan berbentuk silinder di mulut rahim wanita boleh disebabkan oleh:
- kehamilan yang banyak
- faktor usia
- faktor berat badan
- atau faktor kesihatan yang lain
Saya berharap anda tidak terburu-buru untuk membeli apa-apa ubat terlebih dahulu kerana semua jenis rawatan untuk situasi seperti ini memerlukan pemeriksaan yang lanjut dan keputusan yang akan dibuat oleh doktor akan bergantung kepada kondisi semasa individu tersebut.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.
Antara perkara yang anda boleh lakukan buat sementara waktu adalah:
- senaman kegel
- elakkan dari pemakanan yang mengakibatkan sembelit
- kawal batuk anda
- kurangkan meneran atau terlalu lama bercangkung
- elakkan mengangkat barang berat
- turunkan berat badan
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.