Sulit
5 tahun
Benjolan di payu dara
Saya wanita berusia 20 taun…saya ade masalah iaitu sye ade benjolan di payu dara saya…bile saya tekan ianya rasa sakit…sye risau sebab sye masih muda dan belim berkahwin lagi…
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah benjolan pada payudara boleh disebabkan oleh beberapa kondisi seperti :
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Tidak semua benjolan payudara disebabkan oleh kanser payudara, namun perlu diwaspadai bila benjolan payudara disertai gejala berikut:
- Benjolan tidak dapat digerakan atau digeser
- Benjolan pada ketiak
- Puting payudara tertarik ke dalam
- Perubahan bentuk,kontur,ukuran,warna kulit payudara
- Keluar cairan atau darah dari puting
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
































