
cikbiru2018
5 tahun
Benjolan di payudara kiri
Hye doc.sy hana.umur 38tahun ni.sy nak tnya doc dipayudara kiri sy terdapat benjolan sebesar lebih kurang 2cm yg dpt doc kesan masa sy mengandung bulan 2 2019.benjolan tersebut sy alami sejak berumur 27 dan sekarang ia masih sama size.adakah ia kanser.sy belum lagi mndpt kan rawatan susulan berikutan saya baru keguguran

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, benjolan pada payudara boleh bermaksud pelbagai perkara. Oleh yang demikian sejarah kesihatan serta pemeriksaan lanjut adalah dinasihatkan bagi mengenalpasti punca sebenar kepada masalah ini. Berikut adalah punca-punca benjolan pada payudara:
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Fibroadenoma
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.