Sulit
3 tahun
Benjolan di vagina dan terasa sakit apabila dipegang
3 hari lepas saya terdapat ada benjolan di sebelah kiri miss V saya. Benjolan itu agak sebesar kacang tanah dan apabila ditekan rasa sakit. Tapi sebelum ini pernah jadi tapi ia surut dengan sendiri. Kemudian kali nii jadi lagi dan lebih sakit dan ambil masa yang lama untuk surut. Adakah normal? atau simptom2 bila saya nak datang period saja?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah benjolan yang berlaku pada sebelah kiri labia anda dan terasa sakit apabila ditekan. Untuk makluman anda, gejala ini mungkin berkait dengan kedatangan haid ataupun tidak. Namun, terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberi mengenai benjolan tersebut.
- Alahan pada kulit seperti Contact dermatitis yang boleh disebabkan oleh pemakaian sabun yang salah, kain ataupun krim dan losyen.
- Ketumbuhan sista pada kelenjar Bartholin (Bartholin’s Cysts) yang boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada kelenjar tersebut.
- Jangkitan herpes, sejenis jangkitan STI (Sexual transmitted infections)
- Jangkitan HPV (Human papilomavirus) iaitu sejenis ketuat kelamin. Ia juga merupakan salah satu jangkitan STI dan boleh datang dan pergi.
- Fordyce Spots, iaitu sejenis ketumbuhan jerawat yang disebabkan oleh kelenjar peluh tersumbat
- Kanser vulva seperti Melanoma, Squamous cell carcinoma dan Basal cell carcinoma.
- Jangkitan kulat
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda kerana perkara ini boleh mengundang penyakit yang serius jika tidak diberi perhatian awal. Sementara itu, sila pantau jika terdapat simptom-simptom lain seperti keputihan aneh atau lendiran nanah, kegatalan, penumbuhan ulser, dan juga masalah pembuangan air kecil (sakit).
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.