
Sulit
4 tahun
Benjolan dibibir kemaluan
Saya wanita berusia 28tahun.Baru²Ini saya mendapati ada benjolan di bibir kemaluan saya, beberapa hari ni dan sekarang ianya terasan sedikit sakit bila tersentuh seperti berjalan. Adekah ianya bahaya? Apa perlu saya lakukan? Saya sangat khawatir dan apa punca jadi sebegitu? Itu membuatkan saya rasa tidak selesa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, antara punca benjolan atau biji pada kemaluan adalah:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
- Jangkitan ketuat
- Jangkitan herpes genital
- Gigitan serangga
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.